2010-12-15

Animation Propaganda

    Dunia sekarang sudah maju dengan teknologi yang pelbagai sampai yang ada tergila-gila teknologi-teknologi tersebut. Animasi adalah salah satu teknologi yang popular di zaman sekarang. Pada mulanya, manusia hanya membuat filem yang menggunakan kos yang tinggi seperti kamera, tempat, pelakon dan lain-lain. Tetapi banyak benda yang manusia mustahil untuk buat dan bukan senang berlakon dimana-mana. Jadi, pembikanan studio telah dibuat dengan menggunakan bilik sahaja boleh membuat satu filem. Akan tetapi manusia adalah orang yang mempunyai perasaan dan mempunyai tanggungjawab yang berlainan.

    Disebabkan perkara ini berlaku, ada industri membuat animasi dengan mengguna lukisan yang bergerak yang menggunakan teknologi pada masa itu. Dengan cara ini, industri tersebut dapat menggurangkan kos dari membayar pelakon dan memaksa mereka membuat suatu benda yang mereka tidak rela. Pada mulanya, animasi hanya ditujukan untuk kanak-kanak agar mereka cepat belajar dan menghiburkan mereka. Apabila teknologi ini berkembang, industri animasi cuba menujukan animasi ini kearah orang dewasa. Pastinya anda pernah mendengar animasi seperti Simpson dan Futurama. Animasi ini telah menyerapkan budaya hidup orang dewasa dan kekeluargaan dan dengan cara ini mereka dapat menyampaikan mesej yang hanya orang dewasa sahaja yang faham.

    Walaupun mereka berjaya dalam animasi tersebut tetapi mereka tidak fikir yang kanak-kanak akan tengok cerita tersebut. Disebabkan perkara ini berlaku, banyak pemikiran kanak-kanak rosak dan cepat mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang ajar. Bagi ibu dan bapa, pastikan anda tapis apa yang anak anda tengok sebab pemikaran anak-anak sedang berkembang dan lebih cenderung untuk menirunya. Kalau dah terlambat alamatnya susahlah kamu semua untuk membendungnya.


P/S : Nasiblah aku ni kuat main-main kat longkang kat belakang rumah aku ngan aku jarang tengok TV.... nanti tak pasal aku kena pelempang free pada mak ayah aku.... walaupun sekarang ni aku sangat suka tengok animasi jepun AKA anime, pemikiran aku dah boleh membezakan baik dan buruk satu benda.....

2010-12-14

Reality

Semua orang sekarang ini sedang hidup di dunia yang nyata, tidak kisah di mana jua anda berada. Di dunia ini penuh dengan cubaan dan dugaan yang mana akan bagi sedikit hidup kita ini susah. Tatkala orang yang kaya macam mana pun risau akan realiti hidup ini. Tidak ada tempat yang akan memberi kita hidup bersenang-lenang, liang lahat pun tak senang. Untuk menjadikan hidup kita ini lebih senang, apa yang perlu kita buat adalah mengikut arus semasa. Bukan aku suruh kamu semua meniru orang lain, kita mestilah mencipta perwatakan kita masing-masing dan pastikan sama ada perwatakan kita ini sesuai atau tidak dalam hidup bermasyakat ini. Kalau rasa nak hidup seorang, baiklah duduk dekat marikh. Maksud aku ikut arus semasa ialah kita mesti buat sesuatu mengikut aturan yang ditetapkan dan janganlah syok sendiri. Jika sesuatu kita lakukan dengan betul, realiti akan berpihak kepada kita. Apabila berkawan, semestinya kita mesti menjaga hubungan baik dengan mereka. Jikalau kawan kita buat silap, eloklah kita menegurnya. Jika semua ini dilakukan dengan betul, tiada pergaduhan akan berlaku. Jika kita ini adalah orang yang syok sendiri, kita sentiasa akan merasakan diri kita ini betul dan tidak mahu mendengar kata-kata orang lain. Berbaloikah kalau kita buat demikian? Tidak sebenarnya sebab dengan berbuat macam ini akan merosakkan idea dan mood orang lain dan ini akan mendorong kearah kecederaan. Bukan cedera terhadap fizikal tapi cedera terhadap emosi dan mental pihak yang lagi satu. Jika ia berlarutan, semua orang akan tinggalkan kita. Memanglah apa yang kita buat sentiasa berpihak kepada kita tetapi yang sebenarnya realiti akan susah berpihak kepada kita.

P/S : Kenapa laa aku ni bukan hidup di alam 2D.... Kan senang kalo buat satu benda orang lain tak terasa.... susah2.....

2010-12-13

Wavelength

Hidup kita seharian penuh dengan gelombang-gelombang yang patut ada dan yang tak patut pun ada. Gelombang yang aku nak cerita hari ini ialah pasal gelombang yang boleh dipancar dari anggota badan kita dan pastinya ade yang menerimanya. Sama sahaja dengan Networking, mestilah ada sender dan receiver. Benda ini jarang berlaku pada kita akan tetapi bila ia telah berlaku, kita pula yang tidak menyedarinya. Gelombang ini sebenarnya akan menguji keserentakan antara kita dan orang yang menerimanya. Sebagai contoh situasi, kita pandang kearah satu tempat dan ternampak orang lain sedang bertentang mata dengan kita secara tidak sengaja. Inilah gelombang aku katakan. Semua ini berlaku dengan tanpa niat dan tidak sengaja. Apabila kita di situasi macam ini, eloklah kita senyum atau menegur pihak yang lagi satu. Bagi aku, situasi ini sesuai untuk mencari kawan dan teman yang boleh masuk dengan perwatakan kita tetapi mestilah ada keburukannya. Jika kita terpandang isteri atau suami orang lain, eloklah kita senyum sahaja kalau rasa nak selamat sebab manusia punya perwatakan sangat berbeza dan tidak semua situasi akan memberi manfaat kepada kita. Benda macam ini tidak akan berlaku jika kita mahu ia berlaku sebab ini semua ialah takdir. Kalau untuk orang-orang yang tidak berteman, gelombang ini sangat bermakna untuknya sebab kamu diberi peluang untuk menegur pihak lain secara spontan. Agak kelakarkan situasi macam ini tetapi rebutlah peluang kalau sudah terbuka nescahaya kamu juga yang bahagia.

P/S : macam pakar cinta laa pulak.... semua ni nasib je takde buat2.... boleh bawak bergaduh kalo tak betul cara ni.....

Manusia yang cepat lapar...

Manusia ni memang banyak kehendak. Sampai mati pun belum tentu puas. Salah satu keperluan mereka ini ialah makanan. Tak rasa misteri ke, macam mana manusia boleh lapar? Pengalaman aku memberitahu yang manusia ni akan rasa lapar bagi setiap 6 jam. Apabila dah lapar mestilah nak makan tetapi sebab kita ini manusialah katakan, banyak sangat mengidam, sekajap rasa nak makan fast food, lepas tu nak makan Maggi. Semua itu mendorong kita kearah pembaziran wang dan masalah kesihatan. Biar aku bagi tips sedikit macam mana nak kurangkan makan benda pelik-pelik ini...

  1. Banyakkan minum air sebab bila kita lapar sebenarnya kita kurang minum air.
  2. Baca doa dulu sebelum makan sebab kita akan nikmati makanan kita.
  3. Anggaplah makanan yang depan makanan kita adalah makanan yang paling sedap atas dunia yang nyata ini sebab bila kita bermain dengan psikologi kita akan cepat kenyang.
  4. Jangan terpengaruh dengan propaganda iklan-iklan makanan ni sebab dalam iklan sahaja nampak sedap tetapi realitinya tidak.
  5. Jika dah makan nasi, jangan lebihkan makanan yang berkadar gula yang tinggi sebab ini akan mendorong perut kita untuk jauh kehadapan.

Banyak lagi tips-tips yang boleh aku bagi tetapi buat waktu ini rasanya dah cukup. Ini semua hasil dari pengalaman aku sendiri jadi kalau cara kamu lain, ikutlah cara kamu tetapi kalau kamu semua amalkan, baguslah.

P/S : Skema jugak ayat aku ni..... macam org bagi text ucapan je..... 

2010-12-12

Mulakan semula....

Yo, kepada semua yang baca blog ini dan sesiapa yang pernah laa tau aku ni ade blog dulu kala.... Aku cadang nak start balik buat blog aku ni...... walaupun aku memang pemalas tahap gaban, aku cuba laa merepek sekerap yang mungkin.... kepada yang baru kenal aku, nama aku Muhammad Salikin Bin Nordin, panggilan Salikin dan aku memang tak suka kalo org lain panggil aku selain dari nama tu.... Oh, semua post yg saya buat 2 tahun lepas sudah aku delete... so, ini kira macam aku baru buat blog laa..... ape2 hal terima kasih kerana membaca... nantikan isi2 yg merepek yg akan aku post kan di blog ni....